ahLan WaSahLan


widget

Thursday 7 May 2015

TERTARIK DENGAN ISLAM
Semasa Dr Fidelma O' Leary dari Texas, Amerika Syarikat mengkaji fungsi jantung dan otak manusia, beliau mendapati bahawa terdapat bahagian pada otak manusia yang tidak mampu dimasuki oleh darah melainkan dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini tidak dapat disokong oleh fungsi jantung sebagai jurupam semata-mata.
      Beliau mencari solusi. Selepas beberapa kajian teliti dilakukan, didapati bahawa bahagian otak tersebut hanya dimasuki darah apabila manusia berada pada kedudukan bersujud.
      Beliau mendapati postur sujud yang betul untuk pengaliran darah ke otak ialah sebagaimana sujudnya Muslim dalam solat. Akhirnya, Dr Fidela O'leary memeluk islam.                                                                                     
       Alhamdulillah…

KESALAHAN KETIKA SUJUD
Nabi s.a.w bersabda: “Sempurnakan sujudmu! Jangan meletakkan kedua lenganmu ketika sujud ke bumi seperti anjing. Dan apabila meludah, janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan, kerana kamu sedang berbisik dengan Tuhan.”  (Hadis riwayat al- Bukhari)
                                i.            Meletakkan kedua-dua lengan di atas tempat sujud. Sebetulnya, cukup sekadar dua tapak tangan menyentuh sejadah.
                             ii.            Meludah ketika solat.


           Sempurnakanlah solat kita…
   

Sumber rujukan: Gen-Q (isi no. 31)